Friday, January 29, 2010

Perkongsian Dariku Untuk Semuaaa...

Hmm..berminat atau tidak dengan KAUNSELING ni??Sebenarnya, dulu saya pun bukannya minat sangat dengan kaunseling ni..dapat offer study bidang ni, so terima saja laa..mula-mula saya memang tidak tahu langsung tentang kaunseling sebab di sekolah dulu pun bukannya pernah jumpa dengan kaunselor..sebenarnya betul kata orang tu Tak Kenal Maka Tak Cinta....bila saya da kenal dan mendalami apa itu kaunseling, baru laa saya mula berminat terhadap bidang ini sedikit demi sedikit sehinggalah sekarang ini..

Kaunseling ni sebenarnya banyak mengajar saya bagaimana untuk melihat individu itu dari sudut yang berbeza..contohnya..bagi murid yang nakal, kita tidak semestinya perlu melabel perkara-perkara yang negatif kepada mereka secara terus sebaliknya melihat mereka daripada pelbagai sudut atau perspektif yang lain. Ini akan menyebabkan murid berkenaan menjadi lebih teruk lagi. Sebagai seorang kaunselor, kita perlu menjadi pendengar yang baik dan pemandu arah yang baik kepada mereka ini agar mereka tidak akan terpesong ke landasan yang salah sehingga menyebabkan masa depan mereka musnah. Penerimaan tanpa syarat sangat penting dalam diri setiap kaunselor agar mampu menyelami setiap permasalahan pelajar tanpa ada perasaan yang negatif terhadap mereka.

Melalui pembelajaran saya dalam bidang kaunseling ini, saya menyedari bahawa setiap manusia itu pastinya berbeza-beza dari pelbagai aspek. Manusia yang berbeza ini akan membawa permasalahan yang berbeza, jadi kaunselor perlu bersedia untuk berhadapan dengan setiap masalah ini. Jadi pelbagai intervensi dalam kaunseling perlulah dipelajari dengan baik dan dipraktiskan dengan cara yang profesional terhadap klien yang datang mengikut jenis permasalahan yang dibawa.

Perkara-perkara yang saya sebutkan diatas adalah perkara yang asas yan perlu diketahui oleh seorang yang bakal bergelar kaunselor. Saya sendiri menyedari bahawa memang bukan mudah untuk memikul tanggungjawab ini, pelbagai aspek perlu diambil kira bagi berhadapan dengan pelbagai situasi yang mencabar pada masa yang akan datang. Namun, dengan berbekalkan semangat dan tekad di dalam diri..segalanya pasti boleh ditempuhi..

No comments:

Post a Comment